Saluran bantuan oksigen yang naqiuddin pakai sampai ke anak tekak sejak 3 minggu lepas akhirnya dibuka hari ini kira-kira jam 4 petang. Kini kepalanya diletakkan dalam kiub kaca yang menerima bantuan oksigen dari luar. Alhamdulillah, nampaknya tanpa saluran bacaan oksigen Naqiuddin kekal sekitar 95%-100%.

Namun saluran yang masuk ke hidung dia (Untuk minum susu dan masuk ubat) belum ditanggalkan lagi. Bila dah nak masuk wad nanti dia tanggalkan ler.

Lepaih ni nunggu dua tiga hari juga la kot nak dengo suaranya keluar bila menangis. Maklumler, 3 minggu tanpa suara.

Syukur kepada Allah. Moga cepat sembuh dan balik rumah. Boleh main guling? dengan abah.