Hari ni hari minggu, Off Day.

Cuaca hari ni cerah dan panas lebih kurang 30 darjah celcius. Macam di Malaysia.

Pukul 10 kami bertujuh (kecuali Sri Lanka & Papua NG) dengan Li Jie (student BUPT) naik teksi ke tengah-tengah bandar Beijing.

IMPERIAL PALACE / FORBIDDEN CITY

Kami ke The Imperial Palace atau lebih popular dikenali sebagai Forbidden City (Kota larangan) atau 紫禁城 atau Zǐjìn Chéng telah dibina dalam tahun 1406-1420. Sejarahnya dulu merupakan kota dan Istana bagi Kerajaan Dinasti Ming & Qing. Nak tau cerita lanjut tempat ni buleh cari kat Internet.. hehe 🙂

Kemudian kami bertujuh melawat kawasan ini. Li Jie balik setelah belikan tiket untuk kami.

Luas sungguh tempat dia, keluasan lebih kurang 720,000 meter persegi dengan 980 bangunan kayu yang diukir dengan ukiran halus China.. dan kawasan lapang diantara satu dewan besar.

Tak jalan sampai habis, kaki kami semua dah penat. Berjalan di Great Wall semalam pun tak hilang lagi.

SILK MARKET

Lepas tu kami nak teksi ke Silk Street Market atau Xiu Shui. Hari ni hari minggu, jadi ramai orang terutamanya foreigner shopping kat sini. Market ni majoritinya tahu cakap Inggeris. Jadi senang nak berurusan jual beli. Malah ada yang tahu cakap melayu pun. Sebab ramai juga orang Malaysia shopping kat sini terutama beli Sutera China. Kalau di tempat lain jenuh la guna bahasa isyarat. Kat Kaunter hotel pun guna bahasa Isyarat. Nak mintak iron pun terpaksa lukis.

Di silk market ni pelbagai jenis barangan made in China kat sini. Cuma kalau nak shopping kat sini kena tahu strategi dia.

Pertama jangan terkejut dengan harga yang diorang akan letak. Mungkin sampai 8-10 kali ganda harga asal. Contohnya harga jaket dalam 200 Yuan (+-RM95) diorang offer dengan harga 1200 Yuan (RM570).

Senyum je dan kita perlu tawar harga dengan letak harga paling minimum dengan agak2 berapa sepatutnya harga dia. Diorang akan offer rendah sikit. Kita tetap dengan tawaran harga kita. Kalau diorang tak nak bagi tinggalkan je kedai tu, diorang akan panggil balik untuk offer lagi rendah. Sampailah sama-sama setuju dengan harga.

Kalau kita tak setuju juga dengan harga tu tinggalkan je.. kalau diorang dah tak panggil, maknanya itulah harga yang sepatutnya kita beli..


Nama Malaysia Sebagai Salah Satu Brand Sutera China

Diorang mungkin akan nampak marah, macam campak barang lah.. tapi jangan takut.. diorang berlakun je semua tu..
Di Silk Market ni kami dah berpecah-pecah. Sebab masing2 lain tujuan barang untuk dibeli. 7.30 malam, aku, Kamran (Pakistan) & Dendup (Bhutan) balik bertiga naik teksi ke Hotel dalam 20 minit (37 Remibi Yuan +- RM 18).

Bibir dan muka aku bertambah kering & sakit hari ni. Terpaksalah beli “Lipstick” ni… & Guna Minyak Rambut Kelapa Dara Bioasli aku ni untuk sapu kat muka…