Assalamualaikum Kepada Semua Pengunjung Kamilz.COM yang beragama Islam.

Hari ini kita telah menjejakkan kaki ke hari terakhir Ramadhan bagi tahun 1431 h. Maghrib ini Ramadhan akan meninggalkan kita dan jatuhlah kewajiban kita untuk menunaikan ibadah Zakat Fitrah. Moga kita semua tidak alpa untuk menunaikan rukun Islam yang ke-4 itu.

Dikesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan SALAM AIDILFITRI. Mohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan sama ada yang disedari atau tidak.

Semoga Ibadah Ramadhan yang kita tempuhi diterima olehNYA dan menjadikan kita terlepas dari siksaan api neraka.

شهر رمضان أوله رحمه و أوسطه مغفرة و آخره عتق من النار

“Bulan Ramadhan Permulaanya Rahmat, Pertengahannya Keampunan dan Penutupnya Terlepas Dari Neraka” – al-hadith

Semoga diberikan kesempatan untuk bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan.

Hiasilah malam dan pagi 1 Syawal ini dengan takbir, takhmid dan tahlil.

SALAM AIDILFITRI

من العائدين والفائزين
كل عام وأنتم بخير
تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

  1. Salam . Terjumpa blog ni nak ucap syabas di atas usaha semua keluarga
    Asal usul keluarga saya dari sungai Sumun dan tengah mencari maklumat tentang lSheikh Marzuki Lubuk Pusiang. Sekiranya ada maklumat harap sudi sampaikan pada saya. tkasih

    1. Terima Kasih Hajjah kerana melawat blog kami..

      Saya tak pasti pula tentang sheikh Marzuki… Tapi Kalau Haji Marzuki (Allahyarham) dulu imam di Sungai Manila…

      Kalau Lubuk Pusing nanti balik Kg, tanya2 kat mak/ayah… mana tahu kenal..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *