Sistem Info TV Masjid/Surau ini saya mula bangunkan pada 2017. Ia dibangunkan kerana kesukaran untuk mengemaskini paparan info di Surau Taman saya yang sebelum ini hanya menggunakan powerpoint slide.

Sebelum ini saya telah cuba untuk mencari sistem yang ada di pasaran, namun surau kurang kemampuan dengan harga yang ditawarkan untuk mendapatkan sistem berkenaan.

Terdetiknya untuk saya membangunkan sistem ini setelah saya melihat Sistem Masjid Display TV di Masjid Al-Hana di Pekan Kuah Langkawi pada Mac 2017. Ia agak interaktif berbanding sistem-sistem yang saya lihat di kebanyakan masjid di Malaysia. Sistem berkenaan juga boleh dikemaskini maklumatnya secara remote melalui internet.

Saya teringat semasa berkursus di Tokyo tahun 2013, saya didedahkan dengan sistem Digital Signage disana. Pulang dari Langkawi, saya melalukukan kajian di internet berkenaan Digital Signage.   Sehinggalah saya terjumpa satu sistem papan tanda digital sumber terbuka (opensource) iaitu Xibo Opensource Digital Signage (https://xibo.org.uk).

Kod sumber sistem tersebut saya pindah turun secara percuma dan cuba untuk sesuaikan dengan penggunaan di Surau. Beberapa kod tambahan juga saya cipta untuk disesuaikan dengan sistem seperti kod untuk jadual solat, jadual kuliah, tarikh hijri dan beberapa kod tambahan lain.

Menggunakan peralatan-peralatan yang diinfakkan oleh jemaah surau seperti TV dan Komputer, saya pasang sistem berkenaan dan Alhamdulillah, ianya telah berjaya dipasang di Surau Balai Islam Taman Ixora, Sepang.

Saya membangunkan sistem ini secara sukarela khas untuk surau kawasan kediaman saya.

Namun, baru-baru ini Pengurus Masjid kariah saya iaitu Ustaz Azam Azizi Taib Azamudden (Pengurus Masjid Jamek Bandar Baru Salak Tinggi Sepang) yang memberikan kuliah di Surau Balai Islam Taman Ixora, berminat untuk memasang sistem yang sama di Masjid BBST.

Saya telah melakukan customization untuk kegunaan Masjid BBST dan Alhamdulillah mula beroperasi di sana pada 6 Februari 2018.

 

MAKLUMAN: BUAT MASA INI, SAYA TIDAK MENJUAL SISTEM INI KEPADA MANA-MANA MASJID/SURAU KERANA MASIH TIDAK MAMPU UNTUK MEMBERIKAN PERKHIDMATAN SOKONGAN SELEPAS PEMASANGAN


CIRI-CIRI SISTEM

Client

  • Paparan hari, tarikh (hjiri dan masihi), jam. (tarikh hijri berubah bermula waktu maghrib)
  • Paparan maklumat umum, kuliah, jadual waktu solat (mengikut JAKIM) dan waktu solat semasa.
  • Countdown untuk waktu solat berikutnya. 
  • Alarm & memaparkan video azan dan makluman masuk waktu solat serta countdown (10 minit) untuk iqamah setiap kali masuk waktu solat.
  • Memaparkan makluman solat sedang dijalankan bermula waktu iqamah.
  • Memaparkan countdown untu hari kebesaran Islam terhampir.
  • Makluman kuliah/pengumuman dipaparkan dalam bentuk crawler dan banner.
  • Menyokong paparan Full HD.

Admin

  • Pengurusan jadual kuliah (tambah, pinda, batalkan kuliah dan beberapa fungsi lain).
  • Pengurusan jadual makluman / pengumuman / aktiviti masjid.
  • Pengurusan rekabentuk / layout.
  • Penemaskinian waktu solat setahun sekali (sekitar Disember setiap tahun / setelah JAKIM mengumumkan waktu solat tahun berikutnya)
KEPERLUAN PERALATAN (Untuk sistem berfungsi sahaja)

Keperluan peralatan adalah untuk memastikan perisian berfungsi sahaja. Untuk tv/layar/pendawaian adalah mengikut keperluan  masjid/surau.

  • Komputer – desktop/laptop/mini windows PC (belum diuji)
  • RAM 2Gb. Recomended 4Gb atau keatas.
  • Optional: Sambungan ke Internet sekiranya ingin meletakkan sistem dihosting luar (hosting yang menyokong PHP & MySQL). Cara ini memudahkan untuk mengemaskini maklumat dari mana-mana jua melalui Internet.
KEPERLUAN PERISIAN
  • Sistem pengoperasian Windows XP dan keatas.
  • ATAU Linux Ubuntu (sedang dalam kajian)

 


Surau Balai Islam Taman Ixora Info TV

 


 

DEMO VIDEO


Masjid Jamek Sultan Hisamuddin Bandar Baru Salak Tinggi Info TV

  • Sistem telah mula dipasang di Masjid Jamek Sultan Hisamuddin BBST pada 6 Februari 2018. (Telah dihentikan. Pihak Masjid telah membeli sistem baharu)

 


Surau SMK Lokman Hakim, Kota Tinggi, Johor

  • Sistem telah mula dipasang di Surau SMK Lokman Hakim, Kota Tinggi, Johor 17 Oktober 2018.

 


Surau Al-Wardah, Taman Mawar 1, Bandar Baru Salak Tinggi Sepang

  • Sistem telah mula dipasang di Surau Al-Wardah, Taman Mawar 1, Bandar Baru Salak Tinggi Sepang Selangor pada  12 April 2021.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *