Petang semalam lepas kerja, bawak Naqiuddin ke Klinik KITA Pandan Indah. Cadang nak buat suntikan untuk umur dua bulan. Tapi bila bagitahu kat doktor nak operate Ahad ni, suntikan ditangguhkan. Mungkin lepas operate. Takut demam.

Bila timbang berat naqiuddin, amat mengejutkan :o. Dah 4.8 Kg berat dia. Lahir 2 bulan lepas berat dia 2.45 kg je. Bersemangat betul dia nak membesar. Patutle dukung dia sekarang rasa macam dah tak larat je 🙂 . Syukur doa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *