Lima Bulan dah bersawang… Berjumpa lagi kita…

Sebelum tu nak ucap Selamat Tahun Baru Hijrah 1434 yg dah 2 bulan lebih & Tahun Baru Masihi 2013.

Semejak Aidilfitri 2012.

Aidilfitri 2012, kami sambut dahulu di Kedah, kemudian baru balik ke Perak.

 

Ini pengalaman masa berjalan raya. Parking dalam parit. Hehehe

17 Ogo 2012 – Aqlan telah mencecah umur 3 tahun.

13 Sep 2012 – Iaitu 26 Syawal 1433, aku mencapai umur 35 tahun mengikut kiraan tahun Hijrah.

22 Sep 2012 – Naqib mencapai umur 8 tahun

29 Sep 2012 – Aku mencapai umur 34 tahun ikut kiraan tahun masihi. Tertinggal setahun daripada tahun hijrah.


Kek home made oleh isteri tersayang


Kad birthday dari anak2

Cuti Sekolah

13 Nov 2012

Aku ambik kesempatan sambung cuti Depavali & Awal Muharam yang selang sehari.  Selepas majlis Gotong royong kat Surau Balai Taman Ixora bertolak ke utara. Singgah di Bukit Merah Laketown. Ini kira program adhoc. Baru malam tadi keluar idea dan book hotel.

Malam kami sekeluarga guna kupon free untuk Night Hood. Naik bot untuk melihat keindahan tasik di waktu malam dan melawat hidupan liar di waktu malam.


  

Keesokanya, lepas check out terus ke Bukit Merah Water Park. 4 jam anak-anak mandi, Itu pun tak nak berhenti bila ajak naik.

    

Habis mandi-manda terus bertolak balik ke rumah mertua di Kedah.

Ahad aku balik seorang ke Ixora naik flight. Tinggal Noraini & anak-anak untuk bercuti 2 minggu di Kedah.

30 Nov 2012

Aku balik ke Kedah naik flight ke Penang. Daripada Kuching kerja di sana 3 hari terus tukar flight ke Penang di KLIA. Ahad balik semula ke Ixora bersama keluarga.

2 Dis 2012

Lepas maghrib bawa Naqib ke Poliklinik Nur Fatimah di Nilai Negeri Sembilan. Khatankan Naqib malam ini. Masa nak bius tu melalak juga la, jenuh 4 orang pegang dia.

Bulan Disember aku agak sibuk di Pejabat. Nak selesaikan payment untuk projek sebelum akhir tahun. 12-13 Dis aku Outstation ke Tawau Sabah. Sepatutnya 2 hari sebelum ke Kota Kinabalu, tapi tiket flight habis. Tak berkesempatan nak jumpa anak saudara baru Maryam Jameela Bt Sidik Al Amini.

22 Dis 2012

Balik ke Perak. Ambil kesempatan sambung cuti sampai krismas. Ahad malam kami adik beradik yang ada ambil kesempatan bawa mak ayah makan bersama di luar malam ni.

  

28 Dis 2012

Pejabat buat program perancangan SKT tahun 2013 di Port Dickson + Hari Keluarga. Buat di Golden Straits Villa di PD.

Sabtu pagi ada sukaneka, selain masuk acara bersama rakan sepejabat, aku juga masuk acara suami Isteri. Lari ikat kaki.. Juara tu.. heheh.

 

Petang, kami ke Muzium Tentera Malaysia.

 

Bergambar dengan keluarga Fakhri, teman seapartment semasa program..

30 Dis 2012

Selepas check out, kami terus ke Rasah Kemayan, Seremban . Hari ni aku dapat 2 menantu ;-). Dua beradik anak saudaraku di satukan hari ni. Pasangan Nurul Husna Binti Ismail dengan Mohd Al Fateh Bin Nasrullah dan Siti Sarah Binti Ismail dengan Mohd Sayuti Bin Mohd Daud. Tahniah diucapkan, semoga berbahagia hingga ke Syurga.

31 Dis 2012

Penghujung 2012. Hari ni nak tunaikan kewajiban di Pusat Zakat Putrajaya. Kebetulan wartawan RTM ada di situ untuk buat liputan. Terus interview aku dan terpampang lah mukaku di Berita Perdana RTM malam tu.. hehe.

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *