Assalamualaikum w.b.t.

Sempena Ramadhan yg bakal meninggalkan kita saya sekeluarga dengan rendah diri ingin memohon ampun & maaf atas segala kesalahan sama ada yang disedari atau tidak.
Sambutlah Aidilfitri sebagai tanda kemenangan memerangi hawa nafsu di bulan Ramadhan. Perbanyakkan takbir & tahmid di malam & pagi Aidilfitri, zakat fitrah jgn dilupa. Semoga amalan tahun ini diterima semuanya olehNYA & dipertemukan lagi Ramadhan tahun hadapan.

سلام عيدالفطري ١٤٣٣، ماعف ظاهير دان باطين


biar renggang di fana dunia;
biar hina di mata manusia;
biar semangat semakin tua;
biar harta semakin tiada;
biar akal semakin berusia;
biar jauh kedudukan kita;
biar jurang pangkat kita;
jangan tergadai silaturahim sesama kita.
Salam tulus Ikhlas daripada:
Ahmad Kamil Zailani
Noraini Romlie
Ahmad Naqib Naqiuddin Ahmad Kamil
Nur Ainun Naqia Ahmad Kamil
Ahmad Aqlan Syamil Ahmad Kamil

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *