Hari ni kelas sesi pagi je. “Network Design & Service planning for NGN” oleh Puan Qiu Xiafeng.

Petang kami dibawa naik Van University ke Huawei Exhibition Hall di Bangunan Jinrong Dajie.

Kemudian kami dibawa balik semula ke BUPT untuk melawat Makmal Ujian Sistem Rangkaian di BUPT.

Petang ni aku pilih untuk tak pergi mana-mana. Rehat.. Penat dan muka & bibir dan lengan masih kering.  Tapi tak seteruk hari Ahad tu. Cuaca memang kering waktu ni di Bejing walaupun suhu sejuk. Bukan aku sorang je yang alami masalah ni. Peserta Sri Lanka, Mongolia & Nepal juga…

Malam tengok live Malaysia vs Indonesia Badminton Piala Sudirman di saluran CCTV 5 kat bilik hotel. Kalah la pulak 2-3. Dah lah tak faham apa yang pengulas cakap 🙂


Traffic Light macam ni ada tak kat Malaysia?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.