Flight MAS MH 370 mendarat di Beijing Capital International Airport pukul 6.20 pagi. 15 Minit awal daripada jadual.. Syabas Malaysia Airline 🙂

Selesai pemeriksaan Imigresen, ambil beg jam 7.10, kat luar Mr. Li Jie, Student dari Beijing University of Post & Telecommunication (BUPT) tunggu di luar terus bawa naik bas ke Hotel Home Inn di 40B, Beisan Huan Zhong Road di Daerah Haidian di Beijing ni. Lebih kurang 45 minit naik bas dari Air Port. Suhu di luar +- 20 darjah celsius.

Dapat masuk hotel dalam 9.15, lepas tu tidur dulu.. sakit kepala.. bayar tak dapat tidur lena dalam flight malam tadi..

1.30 bangun, google map sikit, cari majid berdekatan. Ambik koordinat dan masuk dalam GPS. walau GPS aku tak ada map China, tapi sekurang2 boleh bantu dengan masuk koordinat… Bila dah jumpa masjid ni dalam masa yang sama kita boleh cari kedai2 makanan halal…

Jalan kaki menuju Masjid Madian. Lebih kurang satu setengah KM.. Solat Zuhur.. waktu tu tengah ada kuliah agama lepas zuhur.. tapi tak paham apa.. :-).. tak sempat ambil gambar majlis Ilmu tu.. habis solat majlis dah bersurai.. tanya tempat wuduk kat siak masjid tu.. dia tanya “Malaysia?”… terer la siak tu.. hehe

Lepas solat, beli sikit makan kat kedai2 HALAL dekat2 Masjid.. Balik hotel.. nak jalan lebih2 sakit kepala tak hilang lagi…

6.30 keluar lagi.. ambil angin petang.. kuat betul angin kat sini.. rasa macam diri nak terbang pun ada.. Menuju ke jalan Madian Barat… dekat dengan masjid tadi.. ambil angin di MadianPark (taman bunga & track jogging).. sambil tunggu waktu Maghrib..

Masuk Maghrib 7.45mlm, solat Jemaah kat Masjid Madian. Ramai juga jemaah dalam 11 orang (Kira ramai la nak dibandingkan dengan beberapa masjid di Malaysia yang majoritinya Islam)

Cuaca malam pun dah makin sejuk, angin kuat.. takut aku masuk angin pulak.. :-), balik Hotel berehat untuk hari pertama kursus esok…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *