Hari ini aku ambik cuti.. hari appointment anak aku Naqib di IJN selepas setahun lebih.. last checkup Januari tahun lepas.

Pukul 9.15 bertolak dari rumah dan Sampai IJN lebih kurang pukul 10. Bawak kereta dengan kelajuan biasa ikut had laju ingat sampai di IJN lewat. Tengok jalan clear hari ni.. trafik light pun seakan bagi penghormatan kat aku yang sentiasa hijau bila aku nak lalu.. Lepas Keluar MEX di jalan Tun Razak pun clear… Appointment 11.35 pagi..

Lepas parking nak pergi ke tempat selalu buat check-up, dah tak ada. Dah banyak berubah IJN berbanding tahun lepas sejak bangunan baru IJN siap & digunapakai.

Rupanya Klinik Paediatrik dekat dengan parking kereta je. Penat je jalan jauh-jauh.

Dapat no queue 9055 dan tunggu di bilik 907. Tengok no queue masih 9051. Tapi dekat 10.30 nombor tak berubah-ubah. Mungkin lambat lagi, sebab ikutkan appointment 11.35 aku dengan Naqib pun pergi kafetaria untuk sarapan pagi. Jauh betul kafe sekarang. Di hujung bangunan baru.

Lepas makan balik ke paediatrik. Tengah tunggu tu, dapat call dari IJN.. rupanya Naqib dah dipanggil banyak kali sebelum ni. Jam baru 10.57 pagi..

Masuk bilik doktor.. Dr. Chan Tee Ling.. rasanya Dr. ni kali pertama check Naqib. Dr. ambik Echo.. lama juga Dr. ni ambik berbanding check-up sebelum ni.

Lepas habis buat echo, Dr. suruh Naqib buat ECG.. lepas buat ECG ambil blood pressure dan  balik semula jumpa Dr.

ECG Naqib lebih kurang sebelum ini juga. Normal.. Blood preasure pun normal 112/57 & pulse 78.. Namun doktor cakap bengkak pada injap sambungan yang dioperate dulu macam makin membesar.. Gambar dibawah lakaran Dr. masa terangkan keadaan Naqib.. tapi tak tau macam mana nak aku nak cerita kat sini.. nanti cerita org lain tak paham pulak atau aku sendiri yang confius..hahah 🙂

Mula2 Dr. suruh ambil semula ubat Enapril untuk 3 bulan, macam yang pernah disuruh tahun 2008.. tapi setelah Dr. tengok ECG Naqib normal dan bincang dengan Dr. Hasri yang pernah check dan suruh Naqib ambil ubat tu sebelum ni, dia kata tak perlu ambil ubat.. tapi datang checkup lagi selepas 3 bulan..

Dr. Nasihatkan agar Naqib tak dilibatkan dengan aktiviti yang berat dan sukan yang lasak seperti bola sepak supaya jantung tak banyak bekerja. Tahun depan Naqib darjah 1. Sekarang KPM dah wajibkan murid sekurangnya terlibat 1 sukan.. sukan apa ya yang tak lasak…

Dr Chan kata, kalau bengkak/bocor pada sambungan injap tu semakin membesar, mungkin ia akan memerlukan menjalani pembedahan sekali lagi.. tapi dalam tempoh yang lama lah..

Dapatkan tarikh appointment kat kaunter pendaftaran. Perlu datang semula 2 September 2010, seminggu sebelum Aidilfitri.