Selepas seminggu lebih baru aku berkesempatan nak menulis…

Aidil adha tahun ni, aku sambut di rumah Ayahbondaku di Kampung Sungai Manila Hutan Melintang Perak.. Ada agenda tahun ni.. Perhimpunan Keluarga Haji Zailani bauk

Balik Kampung petang Khamis… 4 keluarga talah ada di Kampung hari ni (termasuk keluarga aku). Keluarga Kak Ramlah, Abang Ajib & Kak Ipah.. Malam 3 keluarga lagi tiba… Long, Abang Hanif & abang Ramlan…

EPISOD KEJAR KAMBING

Pagi Aidil Adha seperti biasa Solat Sunat Aidil Adha di Masjid Saifuddin Ahmad Iskandar, Kampung Sungai Manila..

Selepas solat sebelum Solat Jumaat, Kambing yang dibeli oleh Dr. Haji Hanif untuk aqiqah anaknya tiba di rumah bapak.. Namun beberapa minit sebelum solat Jumaat kambing tu terlepas dek di kerumun oleh anak buah aku yang ramai.. Tak sempat lagi aku berkenalan dengan kambing tu.. rupa paras wajahnya pun belum ku kenal…

Sedang kami anak2 lelaki solat Jumaat, emak dah round satu kebun tapi tak jumpa… lepas Jumaat Aku, Prof. Dr Ramlan & Dr Hanif pula menyambung misi menjejak kambing..

Akhirnya abang ramlan bertemu jua dgn kambing tu kira2 1KM dari rumah… tapi cerita tak habis kat sini.. kami bertiga mengiringi kambing sehingga berhampiran dengan rumah.. sampai dekat rumah kambing tu buat pusingan U pulak dah.. jenuh la kami buat aktiviti kejar mengejar kambing tu merentasi kebun dan rumah2 jiran tetangga…

Bila disedari jiran tetangga semakin ramailah skuad ops tangkap kambing ni.. akhirnya Abang Najib tidak mensia-siakan skill bermain ragbi zaman sekolah dan di U dulu untuk membuat aksi terbangnya untuk menewaskan kambing tu dengan berkain pelikat (nasib baik tak terburai hehehe)…

Kambing terus di bawa pulang dan ditamatkan riwayatnya oleh Dr Hanif sendiri kemudian dilapah dengan bantuan jiran tetangga…

MAJLIS TAHLIL

Pagi hari tasyrik pertama Aidiladha…

Seekor lembu yang dikorbankan oleh abang long dikorbankan bersama-sama 6 ekor yang lain di Masjid oleh penduduk kampung…

Selesai aktiviti korban, penduduk kampung datang ke rumah untuk bertahlil dan menikmati jamuan yang disediakan…

PERHIMPUNAN KELUARGA

Malam.. dengan penyertaan 57 daripada 62 ahli keluarga, kami mengadakan majlis untuk keluarga malam ini.. dengan dimulakan dgn ucapan/amanat beberapa ahli keluarga, persembahan nasyid oleh anak aku, penyampaian hadiah kepada anak2 buah aku yg berjaya dalam UPSR dan kemuncaknya adalah majlis bertukar2 hadiah…

Lepas tu kami bergambar sekeluarga dan menikmati BBQ kambing, ayam, lembu, sate, kerang, ikan pari dan lain-lain lg…

Lagi Gambar di http://www.zaitun.net

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *