10 Jun 2009

Pagi sebelum ke seminar hujan. Cuaca hari ni sejuk dan berangin sekitar 20-25 darjah celcius. Seminar hari ni tak buat kat Hotel, tetapi ke CRMO (Central Radio Management Office) di Garak-dong, Seoul.

Tiga seminar hari ni. Sepanjang seminar banyak kali jet & helikopter tentera berlegar². Sebab tempat seminar tu tak jauh dari airport tentera.

Tengahari lepas lunch, menjenguk² subway station (LRT la kat Malaysia). Kat sana ada banyak stesen dan banyak line. Tengok la peta kat belakang tu.


Dari Kiri: Ha Nguyen Phu (Vietnam), Efren Cabanlig (Philipina), Aku, Enrico Garfin (Filipina & Vu Nguyen Thanh (Vietnam)

Lepas habis seminar, melawat office CRMO, tengok sistem² dan peralatan yang digunakan dalam menguruskan radio/spektrum di Korea dan tengok persembahan video dan pentas.

Persembahan pentas ni dalam gelap. Ingatkan persembahan laser. Rupanya ada orang yang pegang macam² bentuk dan warna kertas yang bercahaya dalam gelap.


Belakang dari kiri: Brazil, Filipina, Turkey, Laos, Paraguay & Peru.
Depan: Vietnam, Filipina, Thailand, Vietnam, CRMO, Monggolia, Malaysia & Argentina.

Sebelum makan malam, berjalan² dikawasan yang tak ingat namanya. Tapi dekat Seoul, Selatan juga. Tengok la.. Kat sana ada Parking khas untuk kaum wanita je…

Ini adalah bas yang membawa kami kemana² sepanjang kat Korea ni. Bas Hundai. Kat sini aku cuma nampak bas brand Hundai, Kia & Daewoo je. Semua Korea nya brand. Tak nampak pulak bas TaTa ke, Mecs, Scania, Hino dll kat sini.. Bila agaknya kat Malaysia kita Cuma gunakan bas Proton atau bas Produa je.. ?

Mr. Enver Temel dari Turkey. Satu²nya rakan seIslam. Makan selalu dengan dia.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *