Alhamdulillah.. Syukur kepada allah. doa.

Naqiuddin tak jadi dioperate semula sebab darah dah boleh melalui saluran yang diletakkan semasa operation pagi tadi. So O2 dia dah dalam range 80-83%. Tadi ada sampai turun ke 47%. Tapi Heart Rate dia masih dalam range 199-200.

Walaupun begitu main operation (Arterial Switch Operation) tetap akan dilakukan nanti apabila jantung naqiuddin dah kuat.

Sekarang Naqiuddin ada di Unit Rawatan Rapi Pediatrik(PICU) IJN . Nurse-nurse kat sana ler yang jaga. Ibu dia tak boleh jaga dalam PICU. So sekarang ibu dia dah balik rumah. Cuma boleh tengok dia waktu melawat dari jam 10pagi – 2 petang dan 4 petang – 8:30 malam.

Terima kasih kepada yang mendoakan dari dekat dan jauh.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *